Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Komunikasi yang Betul Mampu Elakkan Penceraian

simple yet so true!
Assalamualaikum.

Setiap hubungan memerlukan komunikasi. X kira la hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan mahupun perkahwinan.

 Fokus entri pada kali ini adalah mengenai komunikasi dalam perkahwinan. Sekiranya komunikasi dilakukan dgn baek, maka semakin kuranglah jurang perbezaan & semakin bertambah la keserasian antara kedua pihak itu.

Sebagai seorang yg bakal menempuhi alam rumahtangga, sy tertarik untuk menyentuh soal komunikasi dalam rumahtangga. Statistik menunjukkan sebilangan besar penceraian berpunca dari kurangnya kemahiran komunikasi yg betul dalam kalangan pasangan yg berkahwin. Komunikasi ini bukan hanya dari segi percakapan (verbal) malah dari segi tingkah laku dan lain2 (non verbal). Masyarakat umumnya tidak mempunyai kemahiran membaca bahasa tubuh pasangan, sedangkan ini sgt penting.

Apakah kesilapan komunikasi yg sering kita lakukan?

1. Bahasa "AWAK"

cth: Awak yg x tutup pintu, sbb tu kucing masuk.

2. Bahasa "KENAPA"

cth: kenapa awak x tutup air paip td?? membazir je..

3. Ayat Arahan

cth: Awak sepatutnya, awak mesti, awak kena,

4. Ayat Amaran

cth: Itu la, lain kali dgr sikit cakap saya ni.

Cth2 di atas adalah antara perkataan yg sering kita gunakan & tanpa kita sedari telah melukakan emosi pasangan kita. Cuba kita bayangkan perkara yg sama dikatakan kepada kita. Adakah kita akan berasa lebih tenteram dan berlapang dada? Adakah rasa cinta kita akan bertambah dgn ayat2 begitu? Perkara yg sama berlaku terhadap pasangan kita stiap kali kita bersuara.

Ramai yg tertanya2 mengapa pasangan yg dulu dikahwininya amat gemar berbicara kini seakan bisu. Sekadar bercakap apa yg perlu saja. Ini adalah disebabkan perasaan defensif yg sgt menebal hasil drp pengalaman diasak dgn ayat2 negatif seperti yg di atas. Ramai orang berkahwin (terutama lelaki) yg merasakan xde guna menjawab pertanyaan pasangan kerana pd akhirnya dia akan dipersalahkan semula. Oleh itu, untuk mengelakkan pertengkaran, mereka memilih untuk berdiam diri.

Sekiranya anda masih sayangkan hubungan ini, ambil la langkah dgn mengubah sikap, seperti:

1. Bahasa "SAYA"
Sekiranya anda ingin bertanya atau berkecil hati, gunakan perkataan yg menunjukkan perasaan itu hanya dari diri anda sendiri tanpa melibatkan mana2 pihak lain.

cth: Saya rasa sedih bila jarang dapat bersiar2 dgn awak macam dulu2..

2. Jadi pendengar yg baik
Jika sebelum ini anda selalu menuduh & membuat kesimpulan tanpa usul periksa, sekarang cuba bagi sedikit ruang untuk mendengar apa yg pasangan anda ingin katakan. Jangan menyampuk di pertengahan cerita & jangan mendesak untuk segera dihabiskan cerita.

3. Kemahiran empati
Kemahiran ini ibarat meletakkan diri anda ditempat pasangan anda. Sekiranya anda dapat menguasai kemahiran ini, in sya Allah, anda akan lebih mudah bertenang & lebih disenangi oleh pasangan. Pasangan juga akan lebih terbuka untuk menceritakan apabila sesuatu berlaku pd dirinya.

Ada kata2 seperti "perempuan berkahwin mengharapkan lelaki yg dikahwininya berubah, lelaki pula berkahwin dan mengharapkan wanita yg dikahwininya tidak berubah. "
Memahami kehendak pasangan adalah sgt penting. Harus diingat, sikap manusia akan berubah berdasarkan waktu & keadaan. Jauhi sikap mementingkan diri kerana perkahwinan itu 1 perkongsian  & perkongsian itu memerlukan pengorbanan.  Jadi, jgn berhenti untuk belajar menyenangkan hati pasangan anda & bercintalah hingga ke syurga. In sya Allah ^^




Saturday, January 5, 2013

Cara nak uruskan hantaran

gambar dr majalah Al-Ustaz vol.1 isu 8


Assalamualaikum.. untuk entri kali ni sy nak share cane cara sy uruskan duit hantaran sy dgn baek. Mcm gud2 je tajuk..haha..mungkin ada cara yg lbh economy, tp ni cara sy la.

1. Tentukan bajet. Sebelum apa2 keputusan/ pembelian di buat, eloklah kte tahu tahap kemampuan kte utk berbelanja. Bagi sy sendiri, sy hanya inginkan majlis resepsi yg simple but nice. & klu bleh xnak la terlalu over budget. Unless kamu ada ramai sponsor, tp bersederhana tu lebih dituntut oleh Islam. Fikir2 secara rasional, n ikutla kemampuan sendiri :)

2. Buat checklist keperluan pd hari perkahwinan. Checklist tersebut perlu dilengkapi dengan segala mak nenek details yg diperlukan jadi kite lebih tahu n nmpk ngan clear mana yg dah ada,mana yg blom, n mana yg kne follow up sampai ke ari kawen.Dengan checklist tu gk,kite ada guideline la setakat mana yg kite bleh byr utk designer, caterer, dewan/hotel, cat umah nenek, beli baju mak ngah & so on. Jadi ie sgt berkait rapat ngan bajet.. bak kata pepatah, dimana ada checklist, disitu ada bajet..ewahh

3. Tetapkan keutamaan. Dari checklist yg kte dah wat, kte leh la tetapkan keutamaan. Cth cm sy nih, keutamaan adalah nikah, nak baju nikah cani2, nk wat doa selamat malam tu, bla3..bla3..pastu no 2, xnak umah bersepah n susahkan adik beradik laen, so by fork or by spoon sy nak wt kt dewan tdekat la. Xyah hotel sbb kte masih nk kekalkan kesederhanaan tuh. Ingat niat asal. So apa yg wajib kte dulukan, benda bendi laen cm hiasan2 n baju bleh deal harga yg bersesuaian ngan bajet. Cm klu nak kurangkan bajet baju,kte leh sewa baju yg ready made.. sng pon sng, xperlu customize2 bagai. Pelamin wt skali ngan meja mkn, lg cpt bleh mkn, xyah duduk2 thn lapo..wee ^^

4. D.I.Y..do it yourself. Jangan terlalu bergantung pada orang laen. Yes, kte raja sehari..tp apa yg bleh wt sendiri tu wat jela..cth mcm wt bunga yg pengantin pegang tu an. Alaaa kacang golek je tu..Klu upah org da bape plak kne charge. Pastu bunga pahar n hiasan hantaran, beli majalah n wt sendiri, kodek2 la ikot mana pon, janji lawa. Lebih jimat n extra kasih sayang disitu.. Waaa... i like!

5. Berkongsi. Dalam perkahwinan nih ada byk bende kne kongsi ngan pasangan kte nanti. Jadi, belajar la dr skrg untuk ikhlaskan hati n kongsi la sket beban kewangan pasangan. Sbb yg wajib adalah nikah.Bakal suami klu org kaya xpe la an, ni klu yg biasa2 aje ni, cano nak buek ha.. Jangan sampai biar papa asal bergaya. I dunnn like! Haa masa ni la,klu ada bajet yg tlebih tu tolong la tampung2 sket. Xyah la itu pon nk mintak kt dia. Kesian ie... Klu anda pon xde bajet, jd tanpa berlengah lg, tgk balik checklist n set balik priority anda. Elakkan membazir wit hantaran tu, mana taw nnti nk beli perabot ke, haiwan perliharaan ke..

Akhir kata, apa yg penting niat asal, tetapkan niat yg baek, in sya Allah, Allah temukan kte ngan jln kuar yg baek. & kawan2 sume, jadi la isteri yg meringankan suami..( tingat lak lagu 'isteri cerdik yg solehah'..nak jd camtu! aminn.. )