Monday, January 14, 2013

Komunikasi yang Betul Mampu Elakkan Penceraian

simple yet so true!
Assalamualaikum.

Setiap hubungan memerlukan komunikasi. X kira la hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan mahupun perkahwinan.

 Fokus entri pada kali ini adalah mengenai komunikasi dalam perkahwinan. Sekiranya komunikasi dilakukan dgn baek, maka semakin kuranglah jurang perbezaan & semakin bertambah la keserasian antara kedua pihak itu.

Sebagai seorang yg bakal menempuhi alam rumahtangga, sy tertarik untuk menyentuh soal komunikasi dalam rumahtangga. Statistik menunjukkan sebilangan besar penceraian berpunca dari kurangnya kemahiran komunikasi yg betul dalam kalangan pasangan yg berkahwin. Komunikasi ini bukan hanya dari segi percakapan (verbal) malah dari segi tingkah laku dan lain2 (non verbal). Masyarakat umumnya tidak mempunyai kemahiran membaca bahasa tubuh pasangan, sedangkan ini sgt penting.

Apakah kesilapan komunikasi yg sering kita lakukan?

1. Bahasa "AWAK"

cth: Awak yg x tutup pintu, sbb tu kucing masuk.

2. Bahasa "KENAPA"

cth: kenapa awak x tutup air paip td?? membazir je..

3. Ayat Arahan

cth: Awak sepatutnya, awak mesti, awak kena,

4. Ayat Amaran

cth: Itu la, lain kali dgr sikit cakap saya ni.

Cth2 di atas adalah antara perkataan yg sering kita gunakan & tanpa kita sedari telah melukakan emosi pasangan kita. Cuba kita bayangkan perkara yg sama dikatakan kepada kita. Adakah kita akan berasa lebih tenteram dan berlapang dada? Adakah rasa cinta kita akan bertambah dgn ayat2 begitu? Perkara yg sama berlaku terhadap pasangan kita stiap kali kita bersuara.

Ramai yg tertanya2 mengapa pasangan yg dulu dikahwininya amat gemar berbicara kini seakan bisu. Sekadar bercakap apa yg perlu saja. Ini adalah disebabkan perasaan defensif yg sgt menebal hasil drp pengalaman diasak dgn ayat2 negatif seperti yg di atas. Ramai orang berkahwin (terutama lelaki) yg merasakan xde guna menjawab pertanyaan pasangan kerana pd akhirnya dia akan dipersalahkan semula. Oleh itu, untuk mengelakkan pertengkaran, mereka memilih untuk berdiam diri.

Sekiranya anda masih sayangkan hubungan ini, ambil la langkah dgn mengubah sikap, seperti:

1. Bahasa "SAYA"
Sekiranya anda ingin bertanya atau berkecil hati, gunakan perkataan yg menunjukkan perasaan itu hanya dari diri anda sendiri tanpa melibatkan mana2 pihak lain.

cth: Saya rasa sedih bila jarang dapat bersiar2 dgn awak macam dulu2..

2. Jadi pendengar yg baik
Jika sebelum ini anda selalu menuduh & membuat kesimpulan tanpa usul periksa, sekarang cuba bagi sedikit ruang untuk mendengar apa yg pasangan anda ingin katakan. Jangan menyampuk di pertengahan cerita & jangan mendesak untuk segera dihabiskan cerita.

3. Kemahiran empati
Kemahiran ini ibarat meletakkan diri anda ditempat pasangan anda. Sekiranya anda dapat menguasai kemahiran ini, in sya Allah, anda akan lebih mudah bertenang & lebih disenangi oleh pasangan. Pasangan juga akan lebih terbuka untuk menceritakan apabila sesuatu berlaku pd dirinya.

Ada kata2 seperti "perempuan berkahwin mengharapkan lelaki yg dikahwininya berubah, lelaki pula berkahwin dan mengharapkan wanita yg dikahwininya tidak berubah. "
Memahami kehendak pasangan adalah sgt penting. Harus diingat, sikap manusia akan berubah berdasarkan waktu & keadaan. Jauhi sikap mementingkan diri kerana perkahwinan itu 1 perkongsian  & perkongsian itu memerlukan pengorbanan.  Jadi, jgn berhenti untuk belajar menyenangkan hati pasangan anda & bercintalah hingga ke syurga. In sya Allah ^^




Sunday, January 13, 2013

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah



10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

* Sesungguhnya al Quran itu mukjizat yg x ternilai. Gunakan la Ia sebagai senjata buat kita, hamba Allah yg sgt lemah pd dasarnya. In-sya Allah dunia akhirat kita dilindungi. 

gambar ni amik kt pesbuk :)

Tanda - tanda jatuh cinta

n i like u too! \ ^ 0 ^ /
Assalamualaikum. arini nak citer pasal cintaaa.. hepy je muke bile cakap pasal ni, esp. klu baru jatuh cinta. Auww. Ape tanda2 bile kite or dia da jatuh cinta? Dari pengalaman n pembacaan, tanda2nye adalah seperti.....

1.Pandang tak jemu

Sikit2 nak pandang, sikit2 nak pandang. Klu hati da suke, pandang x lepas pon x rasa nak marah, "uuuuuiiii comeynyeee..tgk muka hg pon cek kenyang.." si dia lak duk tersengih2 or cover macho/santek je sambil ckp lam ati..."auww malunye pandang2 nie..tegor la kitew.." tp law xske mesti xrasa nak tgk sgt n klu org tu tgk kite da rasa rimas or meluat sgt da an? ayt lam ati lbh krg cani la.."ni pehal pandang2,tampor kang" xpon, "ehhh...kepala pompuan nih,aku nk tgk tv pon xnmpk.."

2. Rasa ingin lebih mengenali

Ni normal bila kite da mula terbekenan or meminati seseorang. Akan wujud suatu perasaan untuk lebih mengenali si dia. Bila berbual tu kite mungkin akan tnya lebih dr hal kerja/belajar. contohnye rasa nak tahu hobi, impian n latar belakang si dia. Sebenarnye lam tempoh ni kite mula nak wujudkan keserasian, dgn mengetahui (leceh betoi gne ayat formal lam blog) ehemm! kite nak tawu sama ada si dia ni sama minat ngan kite ke x, bleh get along together2 ngan kite ke x. haa lebih kurang camtu la..bab tu la kite sebok nak amik taw psal dia. Tambah2 lak ada pesbuk, da jd stalker yg berjaya la..abih sume gambar,komen,status,kwn2 dia,sume kite nak amik taw. Sah! kamu da tlebih berminat. Bleh tu bleh, tp jgn smpai si dia terganggu dgn rasa nak tawu kamu tu. Baru nak ngorat ni,jgn la over taw..

3. Melalui beberapa perubahan sikap dan minat

Bila kite da tawu apa ciri2 yg dia suke,apa minat dia sume, kite pon akan terikut2 la sedikit sebanyak ngan minat dia. Sbb kita akan cube jd org yg terbaek di mata dia. Yg lelaki ni selalunye mula tunjuk ciri2 super hero nye, sbb dia rasa BERTANGGUNGJAWAB nak jg kite..sweetnyeeee..Perubahan2 laen termasuk la

i) CARING
Sebelum ni bangun2 tido ingat nak mandi n solat je..tp skang bangun2 tido before mandi rasa nak ckp gud morning kat si dia pastu before keje bg pesanan ringkas cam "keje leklok" or "ati2 drive". Pastu b4 tido rasa nak ucap gudnite la bagai2...Selalu nak pastikan keadaan dia sihat n selamat.

ii) ROMANTIK
Kita mula menonton drama dan filem cinta,membaca buku dan artikel cinta,dengar muzik cinta dan berbicara mengenai cinta. Ini semua kerana kite nak cube faham situasi orang bercinta, supaya kite leh apply benda yg sama kat luar. Tapi bg sesetengah orang yg memang dilahirkan dgn jiwa yg romantik, ianya akan lahir sendiri tanpa perlu belajar di mana2.

iii) KREATIF
Ni selalunye perempuan la,sbb jiwanya lebih halus. Tapi x dinafikan lelaki pon kdg2 lebih kreatif dr perempuan. Kreatif ni x kire la,kdg kreatif dr segi cara meluahkan perasaan, kreatif dari segi wat kejutan2, hadiah, n cara nak luangkan masa bersama. Sebab ape ini berlaku? Perasaan ni jadi sbb kite sentiasa nak org tersayang tu hepy, jd kite akan cuba wat dia x boring bila dgn kite n sentiasa tersenyum. Bila kau senyum, ku gembira..Ecehhh..

iv) MANJA
Haa..ni lg 1 masalah kalau orang da jatuh cinta. Mula la tetibe nak jd manja pulakk. Ayat nak comey2 je, cakap kasar sket mula nak terasa hati. Padahal before ni bukan main pny brutal lg. Addoyai nye punn... Bila kite da suke n anggap seseorang tu special mesti la kite harapkan kelembutan dari si dia. Ni selalu orang laki la. Dalam ati ada taman. Kah3..gelakkan tunang aku. :D
 
v) MATANG 
 Kalau sebelum ni kita x pernah pkir psal masa depan, tetibe terbayang2 nak naek pelamin n nak hidup bahagia ngan si dia. Hmm nampak sgt angau. Bagi yg laki tu, masa ni la dia da mula pkir2 mana nak cekau duit or nak simpan or nak pow parent..Mula da tilik2 diri ni da layak ke nak memimpin. Yg perempuan lak, mula nak belajar uruskan diri, umah n suami. Auww..i like!

p/s: Sikap seseorang x mungkin sama sebijik ngan orang laen, tp sebagai manusia yg normal,sikit sebanyak ciri2 ini akan kelihatan bila seseorang da jatuh cinta..wo ai ni! tibe2 kena sampuk. N kdg2 kite ada nampak tanda2 yg sama seseorang tu pada kita, ada makna letteww...cuba beranikan diri n tanya klu anda juga sukakan si dia! Istilah perigi cari timba cuma adat orang Melayu yg pentingkan kesopanan si dara. Jadi tanya la dgn ayat yg sopan..Segerakan la pernikahan agar terhindar dr fitnah n dpt kutip pahala byk2 :)

Sunday, January 6, 2013

under construction..eh?

Assalamualaikum..

hehe..act xde topik yg berat utk arini ,cume nye sy nak bgtaw lah yg blog ini masih sgt2 baru. Jadi ada la site yg masih blom diisi. Pape pon BIG thanks n appreciation 2 uolz yg masih membaca. Sy akan meng"update" post by time. Followers pon blom wujud. So sape yg nak jd 'the lucky no 1'? Mcm tagline FearFactor plak an..Nak follow or komen or cume nak jeling2 aje, mana2 pon bleh la..Asalkan sy masih berkongsi di sini. Erm, bak kata pepatah ilmu tu perlu diikat dgn tulisan.


Apo lak kne mngena gambar nih? Ala2 same ngan tajuk je masuk lam post..Act sy pnah amik kt Mr G mse ngah sedey...hahaha hahaha...gelak cover line ke apa ni.. Alang2 ckp pasal sedih ni an, kepada sape2 yg ngah frust sbb ditinggal, meninggal or terpaksa berpisah ngan org tersayang tu tolong la kuatkan ati anda.. Sy faham sgt ape yg anda rasa, tp tolong la bersabar & berbaik sangka dgn takdir Allah. Sy bleh laluinye n sy yakin kamu pon mampu. Sbb Allah x kn uji di luar kemampuan kite n ujian tu lak untuk mengingatkan kte n menguji keimanan kte.  Wallahu 'alam bissawab.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah manusia itu patut dibiarkan begitu saja berkata ‘kami telah beriman’. Maka dengan ujian itu, nyatalah apa yang diketahui Allah mengenai orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyatalah pula apa yang diketahui-Nya mengenai orang yang berdusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)


Saturday, January 5, 2013

Cara nak uruskan hantaran

gambar dr majalah Al-Ustaz vol.1 isu 8


Assalamualaikum.. untuk entri kali ni sy nak share cane cara sy uruskan duit hantaran sy dgn baek. Mcm gud2 je tajuk..haha..mungkin ada cara yg lbh economy, tp ni cara sy la.

1. Tentukan bajet. Sebelum apa2 keputusan/ pembelian di buat, eloklah kte tahu tahap kemampuan kte utk berbelanja. Bagi sy sendiri, sy hanya inginkan majlis resepsi yg simple but nice. & klu bleh xnak la terlalu over budget. Unless kamu ada ramai sponsor, tp bersederhana tu lebih dituntut oleh Islam. Fikir2 secara rasional, n ikutla kemampuan sendiri :)

2. Buat checklist keperluan pd hari perkahwinan. Checklist tersebut perlu dilengkapi dengan segala mak nenek details yg diperlukan jadi kite lebih tahu n nmpk ngan clear mana yg dah ada,mana yg blom, n mana yg kne follow up sampai ke ari kawen.Dengan checklist tu gk,kite ada guideline la setakat mana yg kite bleh byr utk designer, caterer, dewan/hotel, cat umah nenek, beli baju mak ngah & so on. Jadi ie sgt berkait rapat ngan bajet.. bak kata pepatah, dimana ada checklist, disitu ada bajet..ewahh

3. Tetapkan keutamaan. Dari checklist yg kte dah wat, kte leh la tetapkan keutamaan. Cth cm sy nih, keutamaan adalah nikah, nak baju nikah cani2, nk wat doa selamat malam tu, bla3..bla3..pastu no 2, xnak umah bersepah n susahkan adik beradik laen, so by fork or by spoon sy nak wt kt dewan tdekat la. Xyah hotel sbb kte masih nk kekalkan kesederhanaan tuh. Ingat niat asal. So apa yg wajib kte dulukan, benda bendi laen cm hiasan2 n baju bleh deal harga yg bersesuaian ngan bajet. Cm klu nak kurangkan bajet baju,kte leh sewa baju yg ready made.. sng pon sng, xperlu customize2 bagai. Pelamin wt skali ngan meja mkn, lg cpt bleh mkn, xyah duduk2 thn lapo..wee ^^

4. D.I.Y..do it yourself. Jangan terlalu bergantung pada orang laen. Yes, kte raja sehari..tp apa yg bleh wt sendiri tu wat jela..cth mcm wt bunga yg pengantin pegang tu an. Alaaa kacang golek je tu..Klu upah org da bape plak kne charge. Pastu bunga pahar n hiasan hantaran, beli majalah n wt sendiri, kodek2 la ikot mana pon, janji lawa. Lebih jimat n extra kasih sayang disitu.. Waaa... i like!

5. Berkongsi. Dalam perkahwinan nih ada byk bende kne kongsi ngan pasangan kte nanti. Jadi, belajar la dr skrg untuk ikhlaskan hati n kongsi la sket beban kewangan pasangan. Sbb yg wajib adalah nikah.Bakal suami klu org kaya xpe la an, ni klu yg biasa2 aje ni, cano nak buek ha.. Jangan sampai biar papa asal bergaya. I dunnn like! Haa masa ni la,klu ada bajet yg tlebih tu tolong la tampung2 sket. Xyah la itu pon nk mintak kt dia. Kesian ie... Klu anda pon xde bajet, jd tanpa berlengah lg, tgk balik checklist n set balik priority anda. Elakkan membazir wit hantaran tu, mana taw nnti nk beli perabot ke, haiwan perliharaan ke..

Akhir kata, apa yg penting niat asal, tetapkan niat yg baek, in sya Allah, Allah temukan kte ngan jln kuar yg baek. & kawan2 sume, jadi la isteri yg meringankan suami..( tingat lak lagu 'isteri cerdik yg solehah'..nak jd camtu! aminn.. )



Saturday, December 29, 2012

Jangan Bersedih

Hari ni sy sedih... dalam usaha memotivasikan diri, sy teringat 1 buku iaitu La Tahzan. Dalam siri lain tajuknye Jangan Bersedih or Dont be Sad hasil tulisan Dr. Aidh Abdullah al-Qarni. Ia adalah antara buku motivasi terbaik untuk kita yg sering hilang semangat kerana menanggung sesuatu kesedihan.Sedikit sebanyak yg sy masih igt antara isinye ialah;

1. Jangan bersedih sekiranya kita masih mampu makan makanan yg segar, ada air yg bersih untuk minum & mampu menghirup udara yg segar.

2. Jangan bersedih kerana cacian, sbb kebanyakan org yg mengeji langsung x tahu, x faham & x ingat apa yg dia katakan.

3. Apabila hidup berikan kita limau yg masam, jadikan la ia minuman limau yg manis & menyegarkan.

dan yg paling penting,

4. Mendekatkan diri pd Allah.. igt berapa byk nikmat yg Allah beri, berapa pula yg Dia ambil. Allah x uji hambaNya yg x mampu & ujian tu penghapus dosa sekiranya kita bersabar..



Empat bende ni yg sy paling igt untuk kekuatan hati. Sy faham kdg2 kite akn dirasuk rasa tertekan,sedih, terancam & x diperlakukan dgn adil. Sebenarnya perasaan sedih yg kite rasa sume adalah tanggungjawab kite. Salah siapa klu kita terasa hati? Salah siapa pula klu kite rasa sesuatu yg terjadi di luar perancangan kite? Adakah kite menyalahkan takdir? Maka,kembali la renungkan nikmat2 Allah yg ada pd kite. Adakah kite sanggup menggantikan segunung emas dgn nilai nyawa. Tepuk dada, tanya kemampuan. Renungkan kembali keluasan galaksi ini, anda akan melihat betapa kerdilnya kita, betapa kecilnya kita untuk menentang aturan Allah. Dan jangan la kte jd hamba yg berburuk sangka dgn Allah. Sbb perancangan Allah adalah jauh lebih baik dari kite kerana hanya Dia yg Maha Mengetahui.

Semoga kite kurang bersedih & lebihkan bersabar :)

Thursday, December 27, 2012

Membina persahabatan jangka masa panjang

Assalamualaikum..

Setiap orang mampu berkenalan dengan ramai orang, contohnye add kt fb, tweeter, tagged & laen2. Tapi, berapa ramai dari kte yg mampu berkawan baek dlm jangka masa yg lama dgn seseorang? Mungkin hanya separuh or suku je..betoi x?? buktinye, tgk je cth plg senang, kat fb kte. Berapa ramai kwn, & berapa ramai yg kte contact? haa kdg2 tu 20% je yg kte betoi2 contact. Cth laen, berapa ramai yg masih lg berhubung dgn kawan pra-sekolah dia, x pon jiran mase kecik yg dok maen teng2 ngan dia dulu tu??  Kawan yg ramai ibarat aset kpd seseorang. Tapi cane nak kekalkan sesebuah persahabatan?

1. Hubungi rakan anda. Persahabatan bermula dgn komunikasi, & akan mati tanpa komunikasi. Wahh, x sangka sy wat pepatah sendiri. Kagum kejap dgn diri sendiri. Camni la dia pny huraian. Umm, x kire la hubungan antara anak, adik beradik, kawan, kapel, suami isteri klu diabaikan, maka akan rosakla ie. Sbb manusia ni ada perasaan & perasaan tu perlu selalu dijaga. So, kwn2 klu lama kite x contact, lama2 dia mungkin terlupa kat kte. Jadi, luangkan sikit dr masa kte utk tepon, sms, or pape yg bleh supaya kte x hilang kawan.

2. Jaga adab pergaulan kite. Haa bukan dgn mak ayah je kena jg adab ni, dgn kawan2 pon perlu jgk. Sbb kite x taw bile ari sensitif dia, apa isu yg mungkin dia sensitif, jadi jgn nak sesedap rasa megi asam laksa je nak bg nama gelaran kat dia, ceroboh brg peribadi or nak ungkit2 hal memalukan dia. Melainkan, kawan anda tu mmg orgnye jenis x brape ada hati & perasaan. Tapi, setahu sy org yg luaran nampak brutal lg sensitif pd dalamannye taw.

3. Tolong menolong. Bantu sahabat anda dgn melengkapi kekurangan pd dirinya. Bukan dgn kapel je nak kena lengkap melengkapi ni, kawan pon sama taw. Cthnye student, belajar sama2, skor sama2. kan sweet camtu. Bukannye wat2 tido bile kawan mintak tolong.


4. Hadiah tanda ingatan. Bagi hadiah ni x semestinya masa beday je.. Klu kte g melancong or balik kg ke, bawak la ole2 bg kat kawan kte tu. Mesti dia hepy giler kaw2 punyer lah. & klu nak benda tu jd super duper bermakna, cube bg hadiah yg wt sendiri. Cth mcm penanda buku, kad, keronsang, kotak hiasan & laen2. Disamping menjimatkan kos bleh jgk tmbh nilai2 kreatif dlm diri anda. X reti?? belajar la.. internet kan mcm2 adaaa.. i like internet :)





5. Kasih sayang & keikhlasan. Sepatutnye apa pon yg kte wat perlu ada 2 elemen nih. Sayang n ikhlas akan rapatkan hubungan kte & wat kte rasa sgt hepy. X caye? cuba dulu baru taw. Cuma pandai2 la bataskan kasih sayang klu kte berkawan dgn berlainan gender..hik3..

6. Doa. Berdoa la sbb doa tu senjata org beriman. Doakan kebaikan, kejayaan & kebahagiaan sahabat didunia & akhirat. Doakan juga persahabatan yg berkekalan. Ni antara resepi utk persahabatan yg pnjg & aman.

Semoga mendapat manfaat!