Monday, January 14, 2013

Komunikasi yang Betul Mampu Elakkan Penceraian

simple yet so true!
Assalamualaikum.

Setiap hubungan memerlukan komunikasi. X kira la hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan mahupun perkahwinan.

 Fokus entri pada kali ini adalah mengenai komunikasi dalam perkahwinan. Sekiranya komunikasi dilakukan dgn baek, maka semakin kuranglah jurang perbezaan & semakin bertambah la keserasian antara kedua pihak itu.

Sebagai seorang yg bakal menempuhi alam rumahtangga, sy tertarik untuk menyentuh soal komunikasi dalam rumahtangga. Statistik menunjukkan sebilangan besar penceraian berpunca dari kurangnya kemahiran komunikasi yg betul dalam kalangan pasangan yg berkahwin. Komunikasi ini bukan hanya dari segi percakapan (verbal) malah dari segi tingkah laku dan lain2 (non verbal). Masyarakat umumnya tidak mempunyai kemahiran membaca bahasa tubuh pasangan, sedangkan ini sgt penting.

Apakah kesilapan komunikasi yg sering kita lakukan?

1. Bahasa "AWAK"

cth: Awak yg x tutup pintu, sbb tu kucing masuk.

2. Bahasa "KENAPA"

cth: kenapa awak x tutup air paip td?? membazir je..

3. Ayat Arahan

cth: Awak sepatutnya, awak mesti, awak kena,

4. Ayat Amaran

cth: Itu la, lain kali dgr sikit cakap saya ni.

Cth2 di atas adalah antara perkataan yg sering kita gunakan & tanpa kita sedari telah melukakan emosi pasangan kita. Cuba kita bayangkan perkara yg sama dikatakan kepada kita. Adakah kita akan berasa lebih tenteram dan berlapang dada? Adakah rasa cinta kita akan bertambah dgn ayat2 begitu? Perkara yg sama berlaku terhadap pasangan kita stiap kali kita bersuara.

Ramai yg tertanya2 mengapa pasangan yg dulu dikahwininya amat gemar berbicara kini seakan bisu. Sekadar bercakap apa yg perlu saja. Ini adalah disebabkan perasaan defensif yg sgt menebal hasil drp pengalaman diasak dgn ayat2 negatif seperti yg di atas. Ramai orang berkahwin (terutama lelaki) yg merasakan xde guna menjawab pertanyaan pasangan kerana pd akhirnya dia akan dipersalahkan semula. Oleh itu, untuk mengelakkan pertengkaran, mereka memilih untuk berdiam diri.

Sekiranya anda masih sayangkan hubungan ini, ambil la langkah dgn mengubah sikap, seperti:

1. Bahasa "SAYA"
Sekiranya anda ingin bertanya atau berkecil hati, gunakan perkataan yg menunjukkan perasaan itu hanya dari diri anda sendiri tanpa melibatkan mana2 pihak lain.

cth: Saya rasa sedih bila jarang dapat bersiar2 dgn awak macam dulu2..

2. Jadi pendengar yg baik
Jika sebelum ini anda selalu menuduh & membuat kesimpulan tanpa usul periksa, sekarang cuba bagi sedikit ruang untuk mendengar apa yg pasangan anda ingin katakan. Jangan menyampuk di pertengahan cerita & jangan mendesak untuk segera dihabiskan cerita.

3. Kemahiran empati
Kemahiran ini ibarat meletakkan diri anda ditempat pasangan anda. Sekiranya anda dapat menguasai kemahiran ini, in sya Allah, anda akan lebih mudah bertenang & lebih disenangi oleh pasangan. Pasangan juga akan lebih terbuka untuk menceritakan apabila sesuatu berlaku pd dirinya.

Ada kata2 seperti "perempuan berkahwin mengharapkan lelaki yg dikahwininya berubah, lelaki pula berkahwin dan mengharapkan wanita yg dikahwininya tidak berubah. "
Memahami kehendak pasangan adalah sgt penting. Harus diingat, sikap manusia akan berubah berdasarkan waktu & keadaan. Jauhi sikap mementingkan diri kerana perkahwinan itu 1 perkongsian  & perkongsian itu memerlukan pengorbanan.  Jadi, jgn berhenti untuk belajar menyenangkan hati pasangan anda & bercintalah hingga ke syurga. In sya Allah ^^




No comments:

Post a Comment